As salam n hai...
So, bila tiba cuti sem aku dan kawan2 #adilllians aku mesti nak gather sesama buat aktiviti. Mestilah nak gather sesama sebab dah rindu kan..
Jadi, aku pun carilah idea apa nak buat cuti sem ni sebab kalau boleh aku nak aktiviti yang menyihatkan n menjimatkan which is more to nature sebab duduk kat bandar ni seriously kita perlukan tempat yang banyak pokok dan aman.. ceh
So, aku pun terfikir nak berbasikal and start google kat mana tempat best dan dekat.. Tup tup jumpa Bukit Cerakah Shah Alam, which is near dengan rumah kami di Damansara..
![]() |
Ini gambar kat pintu besar dia |
So, ini details di Bukit Cerakah ;
1) 30-40 minit dari Damansara
2) Entrance fee - RM3 ( tak termasuk tiket taman 4 musim bunga , dll)
3) Tempat parking kereta RM3 ( or RM2 sebab dah lupa) untuk sehari
4) Sewa basikal ; i) RM10-RM15 (single basikal) addition RM1 per hour
; ii) RM 25 ( twins basikal ) addition RM 10 per hour ( yang addition ni tak ingat sangat )
5) Ada swimming pool and tempat bbq
6) Buka from 8.30 am - 4.00 ptg
![]() |
Ini gambar kat entrance jual tiket ( yang belakang kami tu tempat jual tiket) |
Sekarang ni nak bagitau, lepas je entrance jual tiket ni ada left and right side. Mehh, aku cerita satu2.
1) Left side from entrance jual tiket :
- ada bus stop (percuma tau, alah mcm bus terbukak kat zoo tu)
- ada tempat sewa basikal (ada dua kedai so boleh pilih)
- ada cafe untuk breakfast or minum2
-ada kedai2 kecil jual aiskrim and jajan in front of bus stop
-ladang kaktus
-pokok2 dan herbs sepanjang perjalanan berbasikal
![]() |
gambar sebelum nak mula berbasikal |
Jalan pun cantik dan sejuk je sebab memang penuh pokok macam hutan tapi selamat, dont worry okengsss..
![]() |
kami memang banyak stop untuk tangkap gambar sebab cantik sangat pemandangan |
Masa nak pergi senang je sebab banyak turun bukit tapi adalah jugak naik bukit, serius kaki cramp sangat kalo tak warm up badan before cycling..
![]() |
kan dah cakap kami ambil banyak sangat gambar..hahahahah.. aku rasa the best pic aku ada |
![]() |
yang ni pulak dekat taman yang ada banyak herbs and air yg mengalir |
Dari tempat mula berbasikal tu korang berbasikal je straight tak payang pusing mana2 (memang tak banyak selekoh pun,,hehhehe) then jumpalah tempat ni semua.
![]() |
nilah taman kaktus |
sebelum nak sampai taman kaktus ni memang jauh kedalam dan banyak turun bukit, tapi kalau nak balik tu Ya Allah sangatlah terseksa sangat lah sebab tak larat nak kayuh bukit yang cerun jadi kami pun tarik jelah basikal tu.... hahahahahah
![]() |
ni masa nak balik, serius jalan dia agak curam so kena hati2 |
lepas je berbasikal kami beli aiskrim dekat kedai depan bus stop dan naik bus pulak sebab kaki dah cramp... |
- boleh naik bus bergerak (macam kat zoo tu)
- ada bangunan besar dan cantik
- ada sawah padi dan bangunan tradisional ( pondok2 gituhh)
- zoo
- jambatan gantung (kecil je)
- cafe ( tapi sikit je buka)
- gerai kecil2 jual aiskrim goyang ( near dengan zoo)
- tempat mandi ( sini pun ada cafe jugak but mostly orang bawak makanan sendiri)
![]() |
nilah tempat bangunan cantik tuh tak tau nak panggil apa... |
ni pulak pondok2 tempat berehat dekat dengan sawah padi |
![]() |
yang ni pun dekat dengan sawah, gambar sawah takde lah pulak |
![]() |
jambatan gantung |
![]() |
ni zoo dia tapi tak besar sangatlah.. |
Bahagian yang bertentangan dengan bus top tu lah ada binatang macam kuda, burung kakak tua dan jalan dalam lagi ada tempat mandi (swimming pool). Gerai kecil2 pun ada.
![]() |
aiskrim goyang ( RM1) yang dijual dekat gerai2 kecil ( tak banyak pun gerai yang buka) |
Ok tu jelah tempat yang kami sempat pergi, kalau nak pergi taman 4 musim ke apatah nama dia, korang boleh naik bus bergerak or berbasikal. Tapi kami naik bas bergerak je dah penat berbasikal,
TIPS di BUKIT CERAKAH :
1) Datang awal pagi ( kami datang pukul 8 pagi) sebab bila dah mula pukul 11 pagi memang panas rasa macam sotong bakar dah
2) Mula berbasikal dulu baru naik bus bergerak bila dah penat.
3) Breakfast dari rumah sebab makanan yang dijual tak banyak pilihan
4) Bawak air yang banyak sebab haus sangat walaupun hanya berbasikal.. serius tak tipu!!!
5) Bawak shades/glasses sebab bila panas tu memang silau
6) Sewa basikal yang single je sebab yang twins basikal tu banyak yang rosak
![]() |
ni contoh basikal tu, serius susah nak kayuh.. |
DONE!!
Aku suka sangat aktiviti berbasikal sebab jimat dan menyihatkan badan dan dapat eratkan lagi hubungan sesama rakan sebab dengan aktiviti macam ni kta akan banyak berborak dan kongsi pengalaman...
Thank you for reading!!!